JERUK MANDAI
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang makan )
- Mandai ( kulit cempedak yg dijeruk)
- Bawang besar
- Lada cili
- Ikan bilis
- Serbuk perasa
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
- Mandai adalah kulit cempedak yang telah masak. Dibuang bahagian kulit luar (yang berwarna hijau). Kemudian di jerukkan dengan cara meletakkan lebih kurang 4 sudu besar garam kedalam botol yg berisi air. Dijeruk lebih kurang seminggu ke 2minggu untuk melembutkan kulit cempedak.
- Ambil kulit cempedak yang telah dijeruk. Perah sehingga airnyer kering. Kemudian hiris halus2.
- Potong bawang besar & lada cili.
- Tumiskan bawang, lada cili & ikan bilis sehingga layu. Makin banyak bawang, cili & ikan bilis, makin sedap.
- Masukkan kulit cempedak jerok td. Masukkan sedkit bahan perasa. Tak perlu garam kerana kulit cempedak tadi telah di jeruk dengan air garam.
- Masak dengan api sederhana & sedikit lama. Kalau boleh sehingga sedikit garing & kering. Setelah masak, angkat & hidangkan.
- Mandai ini akan jadi lebih sedap jika di panaskan berulang kali. Biasanya saya buat banyak. Kalau ada lebih, simpan dlm peti sejuk. Dan bila nak makan panaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan